Hasil penemuan awal 3 Siasatan_PAC_terhadap_PKFZ

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid telah berbincang dengan bekas Pengerusi PKFZ yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka O.C.Phang. Beliau memberi kerjasama dalam rosiding dari jam pukul 10 pagi hingga 2.30 petang pada 2 September 2009.

  • Pengurusan projek PKFZ amat lemah
  • Banyak amalan pengurusan projek besar yang sepatutnya ada dalam profesion pengurusan projek, nampaknya tidak ada.
  • Tiada unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi projek sebesar PKFZ. Kalau tak ada unjuran pendapatan dan perbelanjaan atau aliran tunai, kita tak tahu di mana kesilapan kita. Akibatnya kos pembangunan PKFZ melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
  • Wakil-wakil kerajaan dalam Lembaga Pengarah PKFZ 'hanya memanaskan kerusi' . Ada antara mereka yang hadir pada mesyuarat lembaga pengarah PKFZ adalah semata-mata untuk mewakili Ketua Setiausaha kementerian masing-masing.Akibatnya mereka tidak mengambil berat dan melepaskan sahaja kepada pengurusan.
  • Phang sebagai pengurus besar PKFZ bagi menguruskan PKFZ dengan mendapat arahan daripada Menteri Pengangkutan , Menteri Kewangan dan lain-lain individu atasan . [9]